Soalan Lazim

Soalan Lazim
1. Bagaimana untuk tahu kos penghantaran?
Jumlah bayaran penghantaran akan dinyatakan pada laman daftar keluar sebelum pembayaran dibuat.
2. Bilakah saya akan menerima pesanan saya?
Selepas pesanan anda disahkan dan pembayaran telah dibuat, anda akan menerima pesanan anda dalam tempoh masa berikut:

  • Semenanjung Malaysia: 4-6 hari bekerja (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
  • Sabah & Sarawak: 5-7 hari bekerja (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

3. Saya pesan beberapa barangan, tapi saya hanya menerima salah satu (1) sahaja, bagaimanakah dengan barangan yang lain?
Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Sila hubungi team khidmat pelanggan secara email di marketing@perfectcompanion.com.myKami memerlukan nombor pesanan anda, nama barangan yang tidak dihantar serta bukti bergambar untuk semakan lanjut. Sebarang aduan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas menerima barang.
4. Bolehkah saya menjadualkan tarikh penghantaran?
Maaf tidak boleh, piawaian penghantaran kami adalah seperti yang dinyatakan di (2).
5. Bolehkan penghantaran dibuat pada hujung minggu atau pada hari cuti umum?
Logistik dan syarikat kurier tidak dapat membuat penghantaran pada hujung minggu atau hari cuti umum. Sila menjangkakan pesanan anda dihantarkan pada hari bekerja sahaja.
6. Saya memerlukan pesanan saya dengan segera, bolehkah Perfect Companion (M) Sdn Bhd mempercepatkan penghantaran saya?
Kami tidak menawarkan khidmat penghantaran bagi sebarang pesanan segera.
7. Saya telah menerima emel yang menunjukkan pesanan saya telah dipenuhi. Bila saya akan dapat pesanan saya?
Setelah anda menerima emel pesanan, penghantaran akan dibuat dalam jangka masa 4-6 hari bekerja ke Semenanjung Malaysia dan 5-7 hari bekerja ke Sabah & Sarawak. Nombor jejak pesanan akan diberikan dalam emel yang sama dan boleh disemak di laman web kurier selepas tempoh 24 jam.
8. Bagaimana untuk mendapatkan tarikh dan masa untuk penghantaran pesanan saya?
Kita tidak dapat menyediakan tarikh dan masa yang tepat untuk penghantaran pesanan anda oleh faktor beratur penghantaran, masa pesanan, lokasi penghantaran dan lain-lain faktor yang berkenaan.
9. Bolehkah saya membatalkan pesanan saya selepas pesanan itu telah ditransit kepada penghantaran?
Pesanan yang telah ditransit untuk penghantaran tidak boleh dibatalkan.
10. Adakah Perfect Companion (M) Sdn Bhd menawarkan penghantaran ke luar negara?
Buat masa ini kami hanya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia sahaja.
11. Bolehkan pihak Perfect Companion (M) Sdn Bhd menghantar pesanan saya ke pejabat saya?
Ya boleh, pihak kami akan hantar pada alamat yang anda telah daftarkan untuk penghantaran & sekiranya ingin tukar alamat, sila ubah di alamat baru semasa proses 'checkout'.
12. Boleh saya 'self-pickup' pesanan/order saya di pejabat urusan Perfect Companion (M) Sdn Bhd?
Kami minta maaf, buat masa ni pihak Perfect Companion (M) Sdn Bhd tidak menyediakan perkhidmatan 'self-pickup' diatas sebab-sebab tertentu.